Tuesday, August 13, 2013

raya 2013.....

assalamualaikum....

ya allah..lamenye x update blog...bz sangat n terkejar2 nk buat semua bende....

1st skali nk update pasal muhammad aqeef...next month dah nk msk 4 thn...n alhamdulillah muhammad sihat n cergas macam biasa...ermmm...mulut becok bertambah2...sampai kadang2 tak jangka apa yang dia nak cakapkan tu...budak-budak sekarang...cepat belajar..tak macam zaman kita dulu...

ok..pasal mommy muhammad aqeef pulak....sebenarnya mommy dia ni dok gatal sambung belajar...hahahahh degree katenyer....tak sedar diri dah tua..otak dah beku...bile time quiz n final.gelabah bangun tengah malam baca buku...tp dok berangan...mmg beza la zaman muda2 dulu dengan zaman dah masuk 3 series ni kan...jadi saya nasihatkan adik2 anak2 sekalian...kalau nak sambung menyambung belajar tu...teruskan je laaa yer..jangan ade niat nk kerja dulu...pastu baru sambung...mmg beku kepala...tp...lain orang lain cara nya kan?? eh terpulanglah...ikut kesesuaian masing2...alhamdulillah...mommy da settle 1 sem...ade lagi ber sem-sem nk hadap..doakan mommy muhammad aqeef ni berjaya dengan jayanya yer..hahha lupe pulak nak bagitau..saya sambung kat UiTM Bandar Melaka-e-pjj...Bachelor Of Administrative Science (Honours)...Bukan main susah...mungkin sebab da lama tinggalkan alam menuntut ilmu ni...ni la jugak salah satu sebab kenapa saya dah lama tak update blog nie... **perasan lebih..mcm ade org baca pulak blog ni kan??

n..last skali nk cerita psl raya...raya tahun ni seperti raya-raya sebelum ni..sangat meriah dan penat..hahaha biasalaaa...masa ni la nk jumpa sedara mara...sekarang ni...setahun sekali baru jumpa sedara mara..jumpa-jumpa dah besar semua..ade yang lagi tinggi,lagi besar daripada makcik-makcik...ini semua sebab terlebih vitamin...heheh

ok la....nanti bebel lagi yer..gambar raya semua dalam hf....malas nk transfer...nanti saya masukkan yer...assalamualaikum semua...selamat hari raya & maaf zahir batin...muahh muahhh

Sunday, March 31, 2013

mari belajar berenang..

assalamualaikum...

haaa..kali ni memamg excited gile nak masukkan entri ni...hahhahaha 
ape yang best dan excited sangat tu??? 
muhammad aqeef dah start kelas renang!!!! wowwww...tak sangka..1 hajat mommy dah tercapai...sebelum tu,jom kite baca sikit pasal antara sukan yang sunat dilakukan...ni pun mommy google yer..kalau ade salah harap boleh la betulkan....


Sunnah Dan Faedah Memanah,  Berkuda, Berenang


1.     Memanah


Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.
Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kebaikan Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

 2.     Berkuda


Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)
Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.
Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram. (Riwayat Ahmad).
Dan Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim

Kebaikan Dari Segi Kesihatan
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

3.     Berenang


Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

alhamdulillah..mommy n babah dapat ajar pada aqeef 1 daripada sukan diatas...insyaallah nanti bile ada kesempatan dan jika diizinkan,kite belajar yang lain pula eh syg....
ok..jom cerita pasal hari pertama muhammad nak ke kelas...adoii salah masa la..muhammad tengah tidur time nak pergi kelas tu..tp mommy tukarkan jugak baju n angkat muhammad masuk dalam kereta bersama ayah cik..muhammad tidur sampai lah ke kolam renang tu...hihihi sampai je terus kene terjun!!! ooohoooo ape lagi..menjerit la menangis...hihi sampai swimming teacher xbole nak buat ape..tp..round kedua da ok...lepas mommy,babah n ayah cik dah bagi kata-kata semangat..terus muhammad ok..sampai la habis kelas...ckp kat muhammad yang dia ni sebenarnya "aquaman",terus membara-bara semangat dia nak berenang...hahahah anak...anak....
hari ke-2 pun alhamdulillah ok...tapi tengok mcm letih sikitlah..sebab muhammad  memang takde skill berenang yang betul..bile swimming teacher tu dok suh dia kick dalam air..penat agaknya kaki dia...
dan perkembangan setelah 2 hari belajar..jeng jeng jeng.....muhammad dah bole selam dan berbubble dalam air...n dah bole kick...bukan main laju lagi...hihihi mommy happy!! lepas ni mommy dah tak kesah dah kalau jatuh kolam sebab muhammad ade utk selamatkan mommy...
ok la..last sekali...i love u muhammad aqeef!!! forever n ever...u r my everything...u r my strength!! 
jom la kite tengok gambar muhammad aqeef yang ala-ala atlet negara ni...
















Monday, March 18, 2013

sports day...

assalamualaikum...

sabtu lepas, 16 mac 2013 sekolah muhammad aqeef, GA ade menganjurkan (cewwahh bahasa mommy) hari sukan bertajuk "budak kampung mini olympics."

bersemangat mommy belikan muhammad kasut sukan..seluar sukan..baju sukan (warna kuning) atas permintaan teacher muhammad aqeef..

pagi-pagi kami bangun,siap2 terus ke Tasik Ayer Keroh...dalam pukul 7.30 pagi sampai...dah makan2 maka bermula lah sports day kami...ni 1st time la muhammad attend sports day..sbb sekolah sebelum ni takde bende2 ni semua...dan seperti biasa...memang muhammad la champion antara mommy dan babahnya....kami dah naik penat...muhammad bole ajak main lagi...superhero betul....

disebabkan tajuk dia "budak kampung" maka...semua permainan memang masa zaman dulu kala dan masa zaman-zaman mommy dan babah main...antaranya---------baling selipar,captei (tak tau la ejaan dia anak oiiii),baling tin pakai buah kelapa,lari pakai kain batik+pelekat,congkak,galah panjang..dan macam-macam lagi..bagus juga sekolah ni buat macam ni..sebab budak-budak sekarang kenal ipad,tab,PS je..sampai kan ade yang tak bergaul da dengan orang keliling sebab leka sangat dengan segala gadget canggih ni...

kesimpulannya...kami enjoy..tp sedikit terkilan sebab banyak sangat junkfood dalam hamper yang diberikan kepada anak-anak kami...daripada bagi air tin bergas,kan lebih baik bagi air susu kotak ke...atau stationary ke...sebab tak semua parents yang bagi anak-anak mereka makan makanan camtu kan...maybe GA bole take note bende2 mcmni dan tak repeat lagi next time...sebab mommy pernah terbaca ada 1 blog pun dok cerita pasal junkfood yang diberi kepada anak mereka oleh GA...jangan marah yer...cuma teguran dari hati seorang yang bernama ibu.... :)  






















 
 

 



last sekali..semua menang...yeah!!!






Wednesday, March 13, 2013

i-city shah alam

assalamualaikum...

hari sabtu lepas mommy dan aunty dayah plan bawa aqeef dan hasya jalan2 kat i-city...alhamdulillah hasrat mommy2 ni tercapai....survey kat mr. google macam best!! nak bagi anak2 rasa macam main salji...dah google dan dah baca macam2 kat blog org lain,kami ada la idea ckit cmane nk pergi sana...gerak petang sikit sebab memang nak duduk sana sampai malam sebab nak tengok lampu2 yang cantik2...al-maklumlah..orang kampung...tak ke jakun!!! hahahah

kami siap pakaikan kasut,stoking untuk aqeef dan hasya..sebab kalau tak kene sewa masa nak masuk snow walk nanti...sebab sangat sejuk :) bijak kan kami!! bawa glove sekali!! :) lagi bijak kan??? :)

kesimpulannya....ok..alhamdulillah...kami enjoy...cuma rasa kalau melaka negeriku sayang ni dapat buat cmtu kan best!! takde la jauh orang melaka nak bawak anak jalan2..kan datuk ali kan?? 

ok...ni senarai tempat yang kami masuk


  • snow walk
  • art of the museum
  • main2 kat ruang legar...-banyak mainan untuk kanak-kanak tapi mahal sikit..satu permainan rm5 untuk seorang budak sekali main...

 

 

 

aqeef sangat happy bile nampak gambar ni
hasya+aqeef
noty babah!!!!


Friday, March 8, 2013

routine before sleep.....

assalamualaikum.....


mommy dan babah doa kan yang terbaik untuk muhammad..semoga apa saja yang mommy,babah,nenek,atok dan semua di sekeliling ajarkan pada muhammad...dapat muhammad jadikan panduan dan pegangan sampai besar nanti ye sayang...mommy hanya inginkan yang terbaik untuk muhammad begitu juga dgn mommy-mommy lain inginkan pada anak2 mereka di luar sana.....

mommy syukur sangat allah amanahkan mommy untuk besarkan muhammad...dalam hati mommy...semoga mommy jadi orang pertama yang ajar muhammad syahadah,baca bismillah...doa makan...al-fatihah...kalau bole nak semuanya...

Ya Allah..sihatkan tubuh badanku..akal fikiranku...agar aku terus dapat membesarkan dan mendidik anak-anakku.....amin................

mommy love muhammad aqeef!!!!!!!! so.... much...... :)

sports day...

assalamualaikum....

tajuk beria-ia sangat la kan...sports day...macam ada sports day kat sekolah aqeef...hahha takde maknenye....saje je nak cerita antara sukan-sukan yang muhammad aqeef minat....

antaranya ialah---------------------bowling...hahahha mommy tak pernah bawa muhammad pergi main bowling...dan rasenye mami aty pernah bawak..tu pun sekali jer...tp skill muhammad aqeef main....macam sedang berlatih dengan pemain bowling negara...terpegun..terkesima...sume ter ter laaaa...hahaha 

------------------------------------basikal....ni memang dari kecik,,suka sangat la dengan basikal..sama macam babah dia...mane nak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan??? sekarang ni memang bile mommy sampai je rumah...letak je handbag,terus kene bawak muhammad pusing 1 round taman tu!! gantikan mommy,ayah long,ayah cik n uncle ben pulak ye sayang??? dulu kami la jaguh taman...sekarang muhammad dah ambil alih...how sweet....cepat nye BESAR!!!!! argghhhhhhhhhh GERAM!!!!!!!! apa-apa pun...ape saje yang muhammad minat...insyaallah semuanya akan sentiasa diiringi dengan doa mommy,babah n semua.....i am so proud of u darling!!! 

-----------------------------------berenang..wooo tak bole nampak swimming pool...mesti tanya mana baju  renang dia?? nak terjun le tu!! mommy yang kecut perut..sebab....mommy tak tahu berenang...hahahha hampeh kan mommy ni..

ermmm.....tengah terpikir nak masukkan muhammad karate...tapi macam belum sempat bincang dengan babah lagi...hopefully ade tempat yang bole ajar muhammad...eh macam-macam pulak nak muhammad masuk...kelas renang la...karate la...memanah la...adoiiiiii.....sabar ye mommy...sabar.....

Wednesday, February 27, 2013

jom layan video muhammad aqeef.....

assalamualaikum....

dah rasa besar dah anak mommy ni..rasa sedih pulak tiba-tiba...cepat sangat muhammad membesar..macam baru semalam rasa bangun susukan,tukarkan pampers n ajar muhammad berjalan...
tapi rasa best..happy sangat sebab dapat besarkan,didik n beri sepenuh kasih sayang untuk muhammad sampai saat ni...sekarang mommy da ada kawan borak...tapi import dari luar negara...hahha sebab kene cakap omputeh 24 jam...semoga allah terus sihatkan tubuh badan mommy supaya dapat lihat muhammad lebih lama n lihat muhammad berjaya dunia n akhirat....setakat ni,ni saja yang mommy mampu beri..doakan mommy terus berjaya supaya kita bole menikmati hidup yang lebih selesa pada masa akan datang k...tq jugak kat babah sbb kerja jauh-jauh nak cari rezeki untuk besarkan muhammad...moga allah terus merahmati perjalanan hidup kami....amin.....cewwahhhh sedey medey pulakkkkkkkkk.....meh la tengok video artis jemputan terhangat di pasaran....a.k.a buah hati pengarang jantung,hati,limpa,buah pinggang saya ni...mempersembahkan......MUHAMMAD AQEEF BIN SUFIAN..bole jadi dancer,singer,imam muda..eh segala-gala laaa..... :) 


bila muhammad aqeef sakit....

assalamualaikum...

fuhh..last week mmg hari huru hara mommy...mommy selsema bagai nak rak...sampai rasa nak pekak telinga  ni dok menghembus hingus...
dan....hari selasa pulak masa mommy on the way balik rumah,nenek muhammad telefon bagitau yang muhammad nampak macam letih semacam n badan pun panas...adoiii kelam kabut mommy bawa kereta...memecut mcm bawak ferrari...hehehhe..sampi je rumah dah test temperature sampai 39.4 terus la decided bawak muhammad pegi putra specialist dan seperti biasa..ke klinik dr.zainal la kami...
dah cek,x-ray semua...amek darah..............terus kene admited sebab..sinus katenya....mommy pn ape lg...kelam kabut whats app babah muhammad n terus telefon insuran agent.....selesai semua....(ada masalah besar dengan insuran agent tapi malas nak cerita...panjang sangat)
maka bermalam lah kami di putra hospital sampai hari sabtu....dan alhamdulillah....muhammad aqeef dah sihat macam biasa....mommy doakan muhammad sihat selalu dan sentiasa dilindungi olehNya.....amin....love u sayang!!!! jangan sakit-sakit lagi ....sebab mommy susah hati sangat bile muhammad tak sihat....babah jauh sayang...

eh jap!!! tengah sakit-sakit pun superhero mommy ni bole berjoget bagai okeyyyy....cayalah muhammad!!!! u r super strong superhero!!!! meh tengok gambar-gambar dan video-video persembahan muhammad masa kat hospital..........

 
 



Friday, February 1, 2013

hafiy rifqy...

assalamualaikum...

30.01.2013.....hafiy rifqy telah dilahirkan dengan selamatnya....yeay...husna rif'ah dah jadi kakak laaa..ni la anak buah lelaki pertama saya!!! oh!! sangat happy...hahhaa ni jugak anak ke-4 ayah long muhammad aqeef (abg long a.k.a injan) kepada mommy muhammad aqeef...deyyy berbelit-belit daaa...tengok muka ayah long aqeef sebak je...sebab gembira sangat dapat anak lelaki agaknya...syukur alhamdulillah...semua selamat dan sihat...maka bermulakan sesi berpantang kakak iparku...selamat berpantang ye sista....


mami noi doakan hafiy membesar jadi anak yang soleh,bijak,sihat dan kuat!!! lepas tu bole bergusti dengan abg muhammad aqeef yer....



its ur day!!!!

assalamualaikum....

happy birthday!!!! happy 1st birthday dear marissa auni!!!

alhamdulillah....sekejap je da setahun....mesti abah n mommy happy sangat....mane taknyeeeee siap amek cuti okeyyyy...hehe

mommy dan muhammad aqeef telah pn dijemput utk datang ke birthday pary marissa...dan...dan...dan...mommy marissa order creampuff untuk birthday marissa nanti...huahua...berdebar-debar mommy nak buat creampuff tu..almaklumlah..ni 1st time orang order...moga-moga menjadi la creampuff mommy nanti ye....

ok....jom kite bagi ucapan untuk marissa auni...

happy birthday my dear marissa auni....

  • semoga terus dipanjangkan umur
  • dimurahkan rezeki
  • dilindungi
  • terus membesar dengan sihat dan kuat...
  • jadi anak yang solehah....
  • jadi khalifah yg berguna dunia dan akhirat....

nanti kite cite ape jadi dengan creampuff saya buat yer!!! hahah doakan menjadi ye creampuff saya!!! 

Tuesday, January 22, 2013

doa untuk anak cerdik dan dengar kata....insyaallah..

assalamualaikum....

petang ni nak share sikit doa untuk dibacakan pada anak-anak kita...almaklumlah...jadi mommy,babah ni bukan senang....salah satu dari cara adalah berdoa...doa-doa dari ibu ayah insyaallah cepat dimakbulkan...sebab tu kite tidak digalakkan untuk menyebut perkataan yang tak elok untuk anak-anak kite...contoh macam...degil la...malas...macam-macam la..kalau tengah marah memang semua terkeluar dari mulut kan....hurmmmm kata-kata tu kan doa...seboleh-boleh..kita cube elakkan ye para ibu-ibu dan bapa-bapa....semoga anak-anak kita terus membesar menjadi khalifah allah yang berguna untuk semua dunia dan akhirat.... 



  • baca al-fatihah

  • baca ayat kursi

  • baca surah al-insyirah



  • surah taha...



lepas tu...tiuplah kat ubun-ubun anak-anak kita....doakan yang baik2...dan bisikkan kat telinga dia supaya jadi anak yang baik,soleh dan dengar kata...
semoga anak-anak kita taat akan perintah allah,rasul dan agama....berjaya dunia dan akhirat....amin....

here we come!!! cameron highlands....


assalamualaikum...

Hari jumaat minggu lepas kami ke cameron highlands!!!!...peserta-peserta yang join adalah......muhammad aqeef,mommy,aunty daya n family...dan aunty ain..juga terselit aunty fiza n aunty nonet...hahahah

gerak dari rumah pukul 7 pagi..jumpa aunty daya kat mc'donald ayer keroh..da selesai bfast..br gerak....jalan punya jalan.......sampai exit 108 bukit lanjan...kami..kami.....SALAH MASUK SIMPANG!!!!
sedihhhhh betul laaa...hahhaa lama jugak la sesat..sampai masuk kawasan rumah orang..nasib tak sampai shopping kompleks..kalau tak benti shopping kejap...last skali atas bantuan my dear JESSICA.. (GPS ku),maka berjaya lah kami keluar dari kemelut kesesatan...teruskan perjalanan sampai laaaaa ke cameron...sampai sana dalam pukul 2 lebih...terus cek in...dah cek in....keluar la balik...rugi masa kalau lepak bilik lelama....rugi...meh la tengok gambar kami bercuti cuti di cameron highlands...superhero mommy seperti biasa...akan melakonkan semula watak kartun yang ditontonnn...each time nak petik buah stawberry mesti sebut "twist and pull"..."twist and pull"...bak kate agent OSO katanyaa...

 

 
 



oh man!! ensem..eh salah awesome!!!








mari mari beli makcik...mari mari....

makcik yang gedikssss