Tuesday, January 22, 2013

doa untuk anak cerdik dan dengar kata....insyaallah..

assalamualaikum....

petang ni nak share sikit doa untuk dibacakan pada anak-anak kita...almaklumlah...jadi mommy,babah ni bukan senang....salah satu dari cara adalah berdoa...doa-doa dari ibu ayah insyaallah cepat dimakbulkan...sebab tu kite tidak digalakkan untuk menyebut perkataan yang tak elok untuk anak-anak kite...contoh macam...degil la...malas...macam-macam la..kalau tengah marah memang semua terkeluar dari mulut kan....hurmmmm kata-kata tu kan doa...seboleh-boleh..kita cube elakkan ye para ibu-ibu dan bapa-bapa....semoga anak-anak kita terus membesar menjadi khalifah allah yang berguna untuk semua dunia dan akhirat.... 



  • baca al-fatihah

  • baca ayat kursi

  • baca surah al-insyirah



  • surah taha...



lepas tu...tiuplah kat ubun-ubun anak-anak kita....doakan yang baik2...dan bisikkan kat telinga dia supaya jadi anak yang baik,soleh dan dengar kata...
semoga anak-anak kita taat akan perintah allah,rasul dan agama....berjaya dunia dan akhirat....amin....

here we come!!! cameron highlands....


assalamualaikum...

Hari jumaat minggu lepas kami ke cameron highlands!!!!...peserta-peserta yang join adalah......muhammad aqeef,mommy,aunty daya n family...dan aunty ain..juga terselit aunty fiza n aunty nonet...hahahah

gerak dari rumah pukul 7 pagi..jumpa aunty daya kat mc'donald ayer keroh..da selesai bfast..br gerak....jalan punya jalan.......sampai exit 108 bukit lanjan...kami..kami.....SALAH MASUK SIMPANG!!!!
sedihhhhh betul laaa...hahhaa lama jugak la sesat..sampai masuk kawasan rumah orang..nasib tak sampai shopping kompleks..kalau tak benti shopping kejap...last skali atas bantuan my dear JESSICA.. (GPS ku),maka berjaya lah kami keluar dari kemelut kesesatan...teruskan perjalanan sampai laaaaa ke cameron...sampai sana dalam pukul 2 lebih...terus cek in...dah cek in....keluar la balik...rugi masa kalau lepak bilik lelama....rugi...meh la tengok gambar kami bercuti cuti di cameron highlands...superhero mommy seperti biasa...akan melakonkan semula watak kartun yang ditontonnn...each time nak petik buah stawberry mesti sebut "twist and pull"..."twist and pull"...bak kate agent OSO katanyaa...

 

 
 



oh man!! ensem..eh salah awesome!!!








mari mari beli makcik...mari mari....

makcik yang gedikssss

Wednesday, January 16, 2013

waktu mustajab untuk berdoa

assalamualaikum...

hari ni rajin sikit nak mengepos macam-macam...sebabnye.......sebabnye....partner mummy nurhidayah mohamad takde!!!! huhuhu takde kawan nak bebel..jadi mummy bebel dalam blog la....
dok selak-selak suratkhabar...terbaca artikel "waktu mustajab doa".jom kita baca...boleh buat tambah-tambah ilmu di dada..hehhe 


  •  Akhir satu pertiga malam: Akhir waktu sepertiga malam adalah waktu yang paling terbaik untuk seorang hamba bermunajat kepada Allah SWT. Pada detik dan saat ini, biasanya suasana lebih tenang dan damai, memudahkan sang hamba untuk memberikan fokus dan perhatian kepada pengakuannya dan taubatnya kepada Allah SWT.

Allah SWT juga suka untuk memakbulkan doa orang-orang yang bangun di tengah malam kerana tentunya mereka terpaksa mengorbankan masa tidurnya semata-mata kerana Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah SWT akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa: Waktu ini terpilih kerana orang yang berpuasa telah berjaya mengharungi lebih kurang 12 jam menahan nafsu semata-mata kerana Allah SWT.

Oleh itu, waktu berbuka puasa ialah waktu yang amat mustajab kerana ia membuktikan sifat kehambaan seseorang yang telah meninggalkan keinginannya kerana Allah SWT.
Maka, ketika meraikan kejayaan tersebut ketika berbuka puasa, Allah SWT akan mendengar segala permintaannya dan akan dipertimbangkan untuk dimakbulkan.
Daripada Abdullah bin 'Amr bin 'Ash ra bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa terdapat ketika saat berbuka doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibnu Majah)
  • Ketika selesai menunaikan solat fardu: Ketika seseorang itu menunaikan solat, dia sebenarnya sedang bermunajat, memohon ampun dan berdoa kepada Allah SWT. Solat fardu adalah bukti dan manifestasi kehambaan seseorang itu kepada Allah SWT.

Maka itu, selepas menunaikan solat adalah detik yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh setiap Mukmin untuk berdoa kepada Allah SWT.
Daripada Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah SWT. Lalu Baginda SAW menjawab: "Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardu." (sunan At-Tirmidzi)
  • Hari Jumaat: Hari Jumaat adalah sayyidul ayyam, iaitu penghulu segala hari. Terdapat banyak peristiwa penting yang telah dan akan berlaku pada hari Jumaat.

Pada hari ini juga terdapat satu detik yang amat berharga. Pada detik itu, Allah SWT akan memakbulkan doa dan permintaan hamba-Nya. Namun, detik itu dirahsiakan dari pengetahuan manusia.
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu saat yang mana tiadalah seorang hamba Muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah, melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut. (riwayat al-Bukhari)
  • Antara azan dan iqamah: Azan dan iqamah adalah panggilan untuk mendirikan solat. Pada waktu ini umat Islam akan meninggalkan urusan sehariannya dan akan menumpukan kepada solatnya.

Daripada Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah." (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Baihaqi)
  • Ketika sujud: Ketika sedang sujud, seorang hamba akan meletakkan kepala dan wajahnya di tampat yang paling rendah sekali. Ini adalah merupakan satu bentuk pengakuan bahawa dirinya adalah hamba yang sangat lemah, miskin dan hina. Sifat merendahkan diri ini sangat penting untuk merasakan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Daripada Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ketika waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa kerana pada detik itu sangat tepat untuk dikabulkan. (riwayat Muslim)
Sebenarnya, terdapat beberapa lagi waktu yang amat dimustajabkan doa seperti malam Lailatulqadar, hari Arafah dan sebagainya. Namun, yang paling penting sekali dalam melakukan doa ialah rasa keikhlasan dalam diri dan sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT.


**PENULIS ialah dari Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

happy birthday...

assalamualaikum....

16 januari 2013....harini ayah cik muhammad aqeef genap 25 tahun...kejap je..mesti mak abah happy tengok  anak yang dorng jaga daripada baby da besar panjang..da bole kahwin da pun...25 tahun??? ya allah...
aku yang baru 3 tahun membesarkan muhammad pun da macam-macam pikir..ni kan pulak la 25 tahun...semoga kami adik-beradik mampu membahagiakan mak abah walaupun sikit...jadi mak abah ni bukan senang..muka nampak tenang jer...tapi dalam hati takde siapa pun yang tahu....

untuk muhammad radhi....

happy birthday adik...


  • jadikan hari ini dan hari-hari yang seterusnya lebih baik dari yang sebelum ni..
  • semoga tabah dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang telah diberi pada ko
  • semoga kuat dalam melawan apa jua ujian yang datang
  • berusahalah untuk membahagiakan mak abah kita...
love u alwiz n forever....


Tuesday, January 15, 2013

Sedih....

assalamualaikum...

kali ni nak cerita perkembangan muhammad aqeef kat Genius Aulad (GA) la...Sedih ckit sebab tak macam yang mummy harapkan...tak tau la...mungkin mummy letak harapan yang tinggi sangat ke..atau......

1st day kat sekolah (7 Januari 2013),muhammad aqeef dah mula naik kereta pergi sekolah..mummy tunggu kat sekolah je..nasib aqeef tak nangis..superhero la katekan...mummy tunggu kat sekolah je..sampai sekolah..mummy tengok admin sekolah tu kelam kabut...buku tak dapat...baju tak cukup...janji nak bagi baju ms 1st day sekolah...tp bile tanya dorang cakap tak cukup stock..balik sekolah pun aqeef naik kereta..mummy tunggu kat rumah nenek..ape lagi yang jadi masa 1st day??


  • botol air rizqy hilang tanpa berita sampai la hari ni...
  • mummy cek botol air aqeef,mcm xgerak je air dalam tu..
  • muhammad balik sekolah..seluar da basah sebab dah terkencing dalam seluar...muhammad aqeef tak pakai pampers dari umur 2 tahun sebulan cmtu..mmg da lama sangat dia tak terkencing dalam seluar...pelik betul kenapa dia bole terkencing dalam seluar hari tu..mungkin sebab malu nak ckp dengan teacher yang dia nak kencing..sebab tak kenal...tp bagi mummy..secara logiknya..takkan teacher tak tanya budak-budak nak kencing ke tak..sebab dorang baru je 3 tahun lebih..kecik lagi..lain la kalau 5 atau 6 tahun..mungkin ade yang baru je tak pakai pampers...wallahualam....
2nd day...

  • pakcik driver tu  datang ambil aqeef awal sangat..sampaikan aqeef tak sempat minum susu..sedih betul mummy sampai nangis teringat aqeef tak minum susu..seksa sangat rasenye aqeef pergi sekolah kali ni.
  • botol air still lagi cmtu jugak...tak banyak air yang aqeef minum.
  • mummy da pulangkan seluar spare yang dipakaikan untuk aqeef semalam lepas aqeef terkencing..tp teacher tak ambil pn dari dalam beg aqeef...tak tau la dia bukak n cek beg aqeef ke x..
** mesti ade yang pelik kenapa pasal air pn nak bising...sebab..muhammad aqeef sudah di ajar untuk minum air masak banyak dari kecik lagi...aqeef memang tak suka minum air lain selain air masak...masa kat sekolah lama,mesti lebih dari setengah dia minum air..(waktu sekolah yang lama 9:30-12)..kalau kat rumah pun kejap-kejap mintak air...n mummy dah call GA,teacher cakap MUNGKIN aqeef tak nak minum air dalam botol...dia nak minum air dalam cawan kat pantry...then dalam class?? tak minum air ke?? wallahualam.....

3rd day...

  • pakcik driver datang pukul 8 pagi..haaa baru la ok...kalau xde traffic light,dari rumah ke sekolah kira dalam 4 minit je...memamg dekat sangat...kalau traffic light merah pun,up kan la dalam 2 minit...memang dekat sangat...kenapa nak kena datang pukul 730 kan?? kelas mula pukul 830..
lepas tu...mummy pergi sekolah...sebab mummy rasa cakap dalam telefon mcm tak kene...mummy tengok memang tak ramai yang dah sampai...teacher aqeef pn tengah solat...ade sorang dua je yang parents still hantar sampai atas..mummy jumpe teacher yang handle aqeef..bagitau pasal air n jgn lupe remind aqeef untuk  pergi toilet..jawapan teacher...nnti saya tengokkan....dan bile tanyakan pasal botol air rizqy (mummy rizqy yang suruh tanyakan) jawapan teacher dia.."tak perasan pulak..botol air ape ye? nnti saya tengokkan..atau MUNGKIN student lain dah TERambil bawak balik...

**mummy dok tertanya-tanya...teacher muhammad aqeef tak cek ke beg student-student dia before releasekan student balik? make sure semua barang-barang student ade dalam beg..sebab bukan banyak pun barang.. (sepasang baju spare,dengan botol air) susah sangat ke nak cek n pastikan semua ade dalam beg? wallahualam...

4th day...

  • seperti biasa...botol air rizqy (kawan aqeef) xde lagi dalam beg..abi dia kene cek dalam beg sebelum balik rumah...bile takde...bgtau teacher baru la dorng nak cari...kenapakah?? wallahualam...
5th day...

dah kire seminggu la kan...mummy balik kerja tengok beg aqeef ade buku...(terubat ckit rasa hati ni da nmpak buku) ade buku al-badar..dengan buku membaca bahasa melayu...selak2 lagi...ada cd..tertanya-tanya jugak...cd ni untuk ape..cepat2 bukak "message book" kot2 ade teacher dia pesan ape2 pasal cd ni..takde ape dalam buku tu...kosong jerr...so...mummy buat conclusion sendiri la...cd tu untuk rujukan kat rumah..haha bole??? lepas tu mummy n aqeef terus siap2 balik duyong sebab babah nak balik...

minggu ke 2 aqeef ke sekolah...

pagi2 mummy tengok beg sekali ternampak ade tulisan tepi beg pakai permanent marker pen tertulis 'muhammad aqeef 4 al-biruni'..pelik jugak..sejak bile aqeef tukar kelas...yang mummy tahu 4 al-farabi...adehh...balik keje cek beg sekolah aqeef sebab nak balut dan nak buat ulangkaji ckit dengan aqeef...tengok2 buku al-badar xde...botol air xde..mane??? mane pergi??? da berapa kali pesan? da berapa kali telefon? kecewanya...memang semalam mummy da putus asa sangat...kecewa..sedih semua ada...sampai bile semua nak jadi betul? sampai bile kene kejap2 call? 

mummy amek keputusan tel no tel yang ade dalam hf..tp tak ingat ape nama teacher yang jawab tu...soalan yang mummy tanya

  • siapa yang tulis nama aqeef pakai permanent marker pen kat beg n kenapa tak pasti kan nama kelas tu betul..kene la make sure semua betul sebab u all tulis pakai marker pen...n jawapan teacher tu.."saya rasa ade student lain sama nama n MUNGKIN parent dia tertulis nama kat beg anak puan".
*bile pulak le orang lain bawak balik beg aqeef? kalau ye pn PARENT orang lain tersalah tulis,takkan tak perasan keychain "camel" yang saya dah gantungkan untuk bezakan beg aqeef dgn budak lain..hurmmm wallahualam...

  • soalan kedua-kenapa botol air dengan buku al-badar takde..jawapan teacher tu "MUNGKIN kite tak perasan tertinggal kat kelas...
okla....kesimpulannya...MUNGKIN n NANTI sepanjang 6 hari ke sekolah...wallahualam...

mummy harap sangat mereka mendidik anak mummy dan beri sepenuh perhatian seperti mana yang telah dijanjikan dan telah diamanahkan...sebab mummy cuma nak yang terbaik untuk aqeef seperti mana ibu-ibu lain harapkan...








Wednesday, January 2, 2013

maka....bermula lah...

assalamualaikum..

hihi mommy tengah boring disebabkan partner mommy EL arini...jadi untuk membuang masa dan untuk menghilangkan mengantok...jom update cerita baru pasal aqeef..memang blog ni pun untuk aqeef dan adik-adik baca nanti...cewwwahhhh (bukan main "adik-adik" lagi)

2013...harapan yang sangat tinggi...semoga hari-hari kite sentiasa baik...bahagia...dan dijauhkan dengan segala perkara-perkara yang tak baik...

malam tahun baru..takde kemana-mana pun...duduk rumah dan tidur..hahah lagi bagus kan?? daripada mengadap kereta yang berlambak2 tu...buat sakit kaki jerr..

ok....hari pertama tahun 2013...iaitu 01 JANUARI 2013...ape yang muhammad aqeef buat eeh??
pergi induction day kat Genius Aulad...mommy yang bawa aqeef sebab seperti biasa,babah aqeef takde kat cni..keje...

semoga aqeef dapat lagi ramai kawan dan dapat belajar lebih banyak perkara mengenai Islam...

ok...ape lagi...seperti biase...jom kita tengok gambar-gambar superhero saya ni....


konon2 nak buat muke serius le tu!!! 

muhammad aqeef dengan rizqy

rizqy memang pandai posing2 depan camera ni



gud bye vital years

assalamualaikum...

sebelum tu....selamat tahun baru...semoga tahun 2013 ni akan menjadikan kite insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan moge perjalanan hidup kite diberkati,dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat...amin..

ok..jom mula..

20hb Disember 2012 aritu berakhirlah persekolahan muhammad aqeef di vital years..setahun je muhammad aqeef dapat belajar kat situ..dan sebab-sebab muhammad aqeef berhenti sekolah telah pn dinyatakan dalam entry yang sebelum ni...
mummy yang rasa sedih lebih-lebih..hahaha al-maklumlah..terhutang budi dengan cikgu-cikgu muhammad especially teacher jane...so mummy dengan rasa rendah dirinya prepare la buah tangan yang tak seberapa untuk semua cikgu-cikgu muhammad aqeef..

ucapan untuk semua cikgu-cikgu di vital years....


  • tqvvvm sebab menjaga aqeef dengan sangat baik
  • tqvvvm sebab mengajar,mendidik aqeef dengan baik
  • tqvvvm sebab sabar dengan aqeef
  • tqvvvm sebab sudi curahkan ilmu pada muhammad aqeef..
segala penat lelah...usaha kalian semua takkan kami lupakan...semoga ilmu yang telah diberikan pada aqeef akan menjadi bekalan buat muhammad aqeef sampai bila-bila...
jom tengok gamba last day aqeef di vital years dan sedikit ole2 dari mommy untuk mereka..




teacher jane yang pakai baju putih tu...teacher kesayangan aqeef